Latest Entries »


Salam buat semua… Ari nie ana ingat nak cakap mengenai wanita…. Sebenarnya ada 4 jenis wanita yang mudah untuk masuk syurga….. iaitu:

  • Perempuan yang pemalu.
  • Perempuan yang menjaga diri dan taat kepada Allah dan berbakti kepada suaminya.
  • Perempuan yang mempunyai banyak anak dan banyak bersabar.
  • Perempuan yang pandai jaga diri dan harta suami apabila suami keluar untuk “out-station”
  • Perempuan yang janda dan mempunyai anak banyak dan tidak mahu kahwin kerana hendak menjaga anak-anak.  

Advertisements

 

Setiap daripada kita, tidak pernah dijamin Allah memiliki keupayaan untuk terus menjauhi diri daripada dosa dan maksiat. Manusia selain Nabi sangat sinonim dengan dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak, terang atau tersembunyi. Siapa yang boleh mendakwa dirinya suci, bersih atau sudah memiliki pasport dan tiket ke syurga? Sehubungan itu, adalah tidak benar jika ada pemimpin sebuah ajaran mendakwa dirinya terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan.

Fitrah manusia suka akan kebaikan dan ketaatan. Apabila fitrah bersih ini dicalari, biarpun sekelumit dosa, maka jiwanya akan memberontak, resah gelisah dan tidak bentang warna ceria dan gembira, namun rasa hati jelas diramas gelisah. Jiwanya mendesak untuk diselamatkan daripada terus tenggelam dipukul badai dosa yang menggila. Malah, kegelisahan hati itulah yang dijadikan Nabi S.A.W sebagai tanda utama bahawa diri kita ini sedang memikul dosa. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, “Dosa ialah apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang.”(Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, dapatlah difahami bahawa apabila melakukan dosa dan maksiat,kita akan semakin resah. Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan, “(Apabila seseorang itu berdosa) kan bergetar dalam hatinya, dan perasaan itu datang berulang-ulang, dadanya merasa sempit, timbul rasa syak dalam hatinya takut-takut ia adalah dosa.” Kita gelisah dan tidak tenteram kerana semakin jauh daripada fitrah seorang hamba iaitu mentaati Allah. Inilah kecamuk jiwa yang dihadapi oleh ramai insan yang tidak sunyi daripada dosa seperti kita.